4 syawal 1431h
ge..ge..ger..
errr..saya difasa kekalutan menguruskan peristiwa bersejarah dalam hidup saya.
urff…takuuutnye..hukhukhuk..
moga2 segalanya berjalan lancar.
Ya-Allah sempurnakanlah perancangan kami.
Amin.
*dpt buku al-ma’thurat dari en.nazri. purse/wallet size. sukaa
Posted in harini
Keindahan Al-Mathurat
Salam..
Dalam amalan-amalan sunat seharian, saya amat gemar dalam mengamalkan bacaan al-mathurat..biasa saya amal selepas solat subuh atau selepas solat maghrib..saya tertarik untuk mengetahui kelebihan dan kebaikan membacanya setiap hari. dan saya tertarik ngan artikel seorang sahabat ini yang menyatakan tentang :-
Mengapa al-Ma’thurat Memenuhi Selera Rohani Saya
Sebagai pendokong usaha menegakkan Islam sebagai deen yang memerintah, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab untuk berzikir mengingati Allah SWT sebanyak-banyaknya. Antara kesilapan pendokong gerakan Islam ialah terlalu sibuk dengan urusan sesama manusia dan mad’u, sehingga terabai kualiti hubungan dengan Allah. Tidak pula dinafikan yang kesibukan berdakwah sesama manusia juga adalah sebahagian daripada zikrullah, akan tetapi nilailah sejauh mana kita memperuntukkan masa dan fokus diri untuk berkhalwat, bersendirian bersama Allah SWT.
Sebagai antara pengasas kepada gerakan Islam pasca kejatuhan khilafah, al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna amat menitik beratkan amalan berzikir di kalangan ahli al-Ikhwan al-Muslimun. Apatah lagi dengan latar belakang beliau semasa zaman kanak-kanak, beliau pernah membesar di dalam suasana bertariqat. Semasa di Mesir, saya agak beruntung kerana rumah pertama saya di Syari’ Mawazin, Damanhour, letaknya hanya 5 minit berjalan kaki dengan Masjid al-Jamie’ al-Hisofi, tempat Imam al-Banna ditarbiah rohaninya menerusi tariqat Shazuliyyah Hisofiyyah. Walaupun saya secara peribadi kurang selesa dengan cara tariqat itu sekarang, apa yang pasti pengalaman Imam Hasan al-Banna di zaman kanak-kanaknya amat banyak mempengaruhi cara hidup beliau sehingga dianugerahkan syahid.
Beliau telah memperkenalkan wirid zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam dan khususnya kepada pendokong gerakan Islam sebagai makanan rohani penguat jiwa mereka. Semasa mencadangkan al-Ma’thurat, al-Banna telah memberikan pesanan terhadap beberapa perkara penting di sebalik al-Ma’thurat:
1. Zikir mengingati Allah sebenarnya perlu dilakukan pada setiap ketika, termasuklah di dalam perkara yang biasanya dianggap sebagai perkara duniawi. Seni mengaitkan amalan dunia yang dilihat tiada kaitan dengan ritual keagamaan, dengan mengingati Allah, adalah suatu seni yang perlu digilap oleh pendokong Islam.
2. Beliau juga memperingatkan kepada ahli Ikhwan mengenai fadhilat zikir. Yang paling utama menurut beliau, ialah dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita, seterusnya membawa kepada nusrah dan ketenangan di dalam menggalas amanah dakwah.
3. Adab berzikir turut ditekankan oleh beliau. Adab paling penting ialah menghadirkan kemanisan hati semasa berzikir, dengan memberikan fokus dan memikir falsafah pengertian zikir yang dilafaz lisan. Beliau turut menyatakan keutamaan merendahkan suara di dalam berzikir, dan juga menjaga kebersihan pakaian serta tempat ketika berzikir.
4. Di dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan ahli Ikhwan supaya membaca al-Ma’thurat secara berjemaah atau beramai-ramai, dengan syarat tidak menganggu orang lain yang sedang bersembahyang atau mengerjakan urusan yang lain. Semasa di Mesir, selalu juga saya menghadiri majlis zikir al-Ma’thurat anjuran Ikhwan di beberapa surau perkumpulan mereka. Akan tetapi sekiranya ada rakan mereka yang lewat masuk ke surau kemudian menunaikan solat, mereka secara automatik akan merendahkan suara. Menurut al-Banna, kelebihan berzikir secara berkumpulan ini disentuh di dalam sepotong hadith riwayat Muslim:
لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده
Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.
Ada beberapa perkara yang barangkali ingin saya tambah di sini berkaitan dengan isu zikir dan al-Ma’thurat.
1. Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza, baik selera fizikal seperti makan minum berpakaian, mahu pun selera rohani. Ada sesetengah orang, rohaninya lebih berselera dengan banyak menunaikan solat sunat. Ada setengah orang dengan banyak berzikir. Ada sesetengah orang suka berzikir dengan ayat al-Quran. Sesetengah yang lain berzikir dengan wirid-wirid yang diajar oleh nabi, sahabat, atau oleh tok guru mereka. Justeru, carilah selera rohani kita. Secara peribadi, selera rohani saya ialah al-Ma’thurat, dan saya akan didik anak-anak dan keluarga saya mempunyai selera rohani yang sama. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 84:
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلاً
Katakanlah (wahai Muhammad) setiap orang beramal mengikut pembawaan jiwanya sendiri. Maka Tuhan lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.
2. Kenapa al-Ma’thurat? Jawapan mudah dan ringkasnya ialah kerana al-Ma’thurat menghimpunkan wirid di dalam al-Quran dan juga di dalam hadith sohih semata-mata. Maksudnya, al-Ma’thurat ialah himpunan doa ma’thur yang diajar oleh Allah dan Nabi. Ayat al-Quran, walaupun kita membacanya tanpa mengetahui maknanya, akan terus mendapat pahala.
3. Bagaimana pula dengan wirid atau hizib atau segala juga istilah zikir yang diajar oleh tok-tok guru tertentu selepas kewafatan nabi? Bagi saya tiada masalah untuk mempunyai disiplin amalan yang dicadangkan oleh tok-tok guru tertentu, dengan syarat ialah tidak bercangah dengan syara’, tidak mempunyai elemen syirik, mempunyai makna yang baik serta pengamalnya faham falsafah pengertian zikir tersebut. Akan tetapi sekiranya dibandingkan antara zikir yang diajar oleh Allah dan Rasulnya, berbanding zikir yang diajar oleh manusia lain, sudah tentu menjadi keutamaan kita mengikuti zikir anjuran Allah dan Rasul. Dan inilah kelebihan al-Ma’thurat.
Allahua’lam bissowab.
Terima Kasih kepada Penulis.
Saya juga merasakan Al-Mathurat memenuhi selera rohani saya. Semoga saya dapat mengamalkan amalan yang elok ini secara terus menerus. Insya-Allah.
Sama-sama kita kongsi ilmu ini.
orange&green
never stop smiling
” work as if it was your first day ,
forgive as soon as possible ,
love without boundaries ,
laugh without control ,
and never stop smiling ,
even if you don’t know the reason “
1,2,3,
.L.o.v.e.
“Love is not about finding the right person,
but creating a right relationship.
It’s not about how much love you have in
the beginning but how much love you build
till the end.”
Posted in word
girang
ingat-ingat
renung-renung:
1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak
Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan so…lat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )
‘ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’ Surah Al-Baqarah ayat 286
Posted in word
gerak-gerak
belah kiri mata.
gerakgerak.
uuuwwh.
Posted in harini





